'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi Komuniti I Love Manjung, | 'KiLM, Komuniti Sejahtera, Hidup Bahagia' | 'BERSAHABAT BERSATU KEBAJIKAN AHLI DIDAHULU'


 JOM SAMA-SAMA MENJAYAKANNYA

‼️
.
Ayuh ramai-ramai kita sertai HSN MYFIT@HOME : Virtual Senamrobik pada ketetapan berikut‼️
.
Tarikh: 9 Oktober 2021, Sabtu
Masa: 10.00am
Tempat: Secara atas talian (Live di Facebook rasmi Pejabat Belia Sukan Daerah Manjung)
.
Pelbagai cabutan bertuah dan hadiah misteri untuk dimenangi kepada yang sertai! Jom daftar di link :

https://tinyurl.com/5ceyrhmr
https://tinyurl.com/5ceyrhmr
https://tinyurl.com/5ceyrhmr
.
Jom semarakkan Hari Sukan Negara!

 


 


PERHATIAN WARGA MANJUNG‼️

Hi semua! Jom sertai MANJUNG FIT CHALLENGE 2021! sempena Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Manjung anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga Manjung. Anda boleh kongsikan video bersenam/bersukan/riadah di mana-mana sahaja sepanjang tempoh 1 Oktober 2021 sehingga 10 Oktober 2021!

.
Cara Penyertaan:
1. Daftar di link/kod QR yang disediakan
2. Rakam video sedang melakukan senaman/sukan/riadah selama 30 saat
3. Upload di Facebook dengan ketetapan umum (share to public)
4. Tag @Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung disusuli dengan hashtag #manjungfitchallenge #hsnmanjung21
5. Tag 10 rakan facebook anda untuk sahut cabaran HARI SUKAN NEGARA 2021!

✅Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua
✅ E-Sijil disediakan untuk setiap penyertaan
✅ Tempoh penyertaan bermula 1-10 Oktober 2021

Untuk pendaftaran :

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 
En Izhar: 018-4604029


PERHATIAN WARGA MANJUNG‼️

Anda berbakat dalam gaya Freestyle? Jom pamerkan bakat anda dalam KBS FREESTYLE CHALLENGE sempena HARI SUKAN NEGARA 2021 PERINGKAT DAERAH MANJUNG! 
.
Cara Penyertaan:
1. Daftar di link/kod QR yang disediakan
2. Rakam video aksi freestyle berdurasi 1 minit
3. Upload di Facebook dengan ketetapan umum (share to public)
4. Tag @Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung disusuli dengan hashtag #manjungfreestylechallenge #hsnmanjung21

Contoh: Aksi timbang bola sepak/takraw, aksi dribble bola sepak, aksi skill sepak takraw.

✅Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua
✅ E-Sijil disediakan untuk setiap penyertaan
✅ Tempoh penyertaan bermula 1-9 Oktober 2021

Untuk pendaftaran :

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 
En Ashraf: 013-4390208
En Izhar: 018-4604029



 

MEMBELI SAMBIL MENYOKONG KiLM
RM 15.00 SEUNIT

BELI SECARA DALAM TALIAN


#KitaBantuKita
#KitaJagaKita
#BersahabatBersatu
#KitaMestiMenang


Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.

Insya-Allah Malaysia #QuranHour 1443H membawa formula Surah al-Mulk dan 7 Surah al-Musabbihat akan berlangsung hari ini, 30 Ogos bersamaan 21 Muharam 1443H. Bermula jam 12 tengah hari hingga 1 tengah hari.

Doakan Malaysia menjadi negara yang berbudi dan penyayang. 

Sama-sama kita berinteraksi dengan al-Quran di lokasi masing-masing dengan mendaftar di: http://bit.ly/MQH1443H

#RoadToMalaysia #QuranHour




 Isnin, 26 Julai 2021 | 16 Zulhijjah 1442H. Pengerusi KiLM, En Azri Johari diiringi Bendahari KiLM Pn Ila Rahman, Pn. Fida dan En Zali menerima 12 Kotak Bantuan Makanan daripada APMM.

.
Turut berada dilokasi Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan bin Rahman (Unit Selam Maritim Negeri Perak)
.
KiLM mengucapkan jutaan terima kasih dan sentiasa bersedia bekerjasama dalam membantu keluarga yang terputus bekalan makanan.
.








 


Assalamualaikum... selamat sejahtera.
.
MAJLIS SANTAI RAYA BERSAMA AJK KiLM
.
20 JULAI 2021 | 10 ZULHIJJAH 1442H
SELASA  | 9.15 MLM (LINK DIEDAR JAM 9.00MLM)
GOOGLE MEET | FB GROUP 'LIVE'
.
Tentatif;
9.00 mlm – LINK Google Meet diedarkan.
9.15 mlm – Aluan Pengacara Majlis
9.20 mlm – Bacaan Doa 
 – Takbir raya (Video - 4 minit)
 – Ucapan Pengerusi KiLM
 – Ucapan Timbalan Pengerusi KiLM
 – Ucapan Setiausaha
 – Ucapan Naib Setiausaha
 – Ucapan Bendahari
 – Ucapan AJK-AJK
 – Ucapan Ahli-ahli
 – Ucapan Penutup | Bersurai
.
LINK RAKAMAN;
.
#kilmhebat
#BesahabatBersatu




 

KOMUNITI I LOVE MANJUNG (KiLM)

MELANCARKAN TABUNG BANTUAN KHAS KEBAKARAN RUMAH

(No 66, Fasa 2F, 32042 Seri Manjung, Perak)

.

Bantuan Kecemasan Ini Adalah Inisiatif KiLM untuk Membantu Keluarga Yang Kebakaran Rumah Mereka di Fasa 2F, Seri Manjung pada 1 Julai 2021.

.

Ahli KiLM, Rakan Komuniti dan individu atau syarikat yg berhajat untuk menyumbang kepada tabung ini boleh ke LINK dibawah;

.

https://toyyibpay.com/Tabung-Kebakaran-Rumah-Fasa-2F

.

#KitaBantuKita

#KitaJagaKita

#BersahabatBersatu

#KitaMestiMenang



KOMUNITI I LOVE MANJUNG (KiLM)
MELANCARKAN TABUNG BANTUAN PKP 3.0.

Bantuan Kecemasan Ini Adalah Inisiatif KiLM untuk Membantu Golongan Yang Terjejas Akibat Perintah Kawalan Pergerakan, PKP 3.0 .

Ahli KiLM, Rakan Komuniti dan individu atau syarikat yg berhajat untuk menyumbang kepada tabung ini boleh ke LINK dibawah;

https://toyyibpay.com/Tabung-Bantuan-PKP-3-0

#TabungPKP3.0
#KitaJagaKita
#BersahabatBersatu
#KitaMestiMenang

 Ahad, 27 Jun 2021 | 16 Zulkaedah 1442H.

.
Jawatankuasa Kebajikan KiLM menghantar sumbangan kepada keluarga yang putus bekalan dikala PKP 3.0 ini. Bungkusan bahan makanan mentah disumbangkan oleh ahli seumur hidup KiLM iaitu En Hazmin Hashim. Terima kasih tuan.
.
Terima kasih juga Yob, Nizah, PN Mai, Kak Salmah, & Halizan kerana menggalas tanggungjawab menghantar sumbangan ni pada yg memerlukan. Paan pun turut serta 👍👍.
.








Lawatan Penilaian Jurutera MPM

Gerhana Bulan Penuh Malam ini

Oleh Fahmy A Rosli 

fahmy.azril@bh.com.my

.

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh atau 'bulan berdarah' bermula sekitar jam 4.47 petang esok dan dijangka berakhir kira-kira jam 9.50 malam.

Fenomena itu muncul semula selepas kali terakhir kelihatan pada 2018.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah, berkata fasa penuh fenomena gerhana 'Super Flower Blood Moon'hanya boleh dilihat jika berada di Semenanjung Malaysia.

Di Sabah dan Sarawak, beliau berkata, orang ramai di sana berpeluang menyaksikan proses pembentukan fenomena gerhana itu lebih awal.

"Fenomena gerhana bulan pada esok, 26 Mei 2021 akan berlaku selepas bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (perigee) dengan jarak 357,309 kilometer (km).

"Fenomena gerhana bulan penuh ini akan berlaku mulai jam 16.47 dan berakhir pada jam 21.50 waktu Malaysia.

"Bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung, fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana maksimum," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain boleh disaksikan secara penuh di Semenanjung Malaysia, Azlikamil berkata, ia boleh dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik termasuk Hawaii.

Berikutan kekangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19, beliau mengajak orang ramai untuk penstriman langsung gerhana bulan penuh 'Super Flower Blood Moon' pada esok menerusi akaun media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara.

Katanya, kemudahan teleskop untuk kegunaan orang ramai bagi menyaksikan fenomena itu tidak akan disediakan.

"Kemudahan teleskop tidak akan dibuka untuk orang ramai di Planetarium Negara kerana situasi negara yang sedang melaksanakan PKP," katanya.

Berdasarkan maklumat mengenai fenomena gerhana penuh yang dimuatnaik MYSA di akaun Instagram, ia berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra.

Umbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap manakala penumbra, bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah.

Bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih bersinar kepada kemerahan. Kesan umbra ini boleh dilihat dengan mata kasar.

KETERANGAN FASA GERHANA BULAN DI MALAYSIA

1. Sekitar jam 4.47 petang

Fasa gerhana penumbra (P1)

- Bulan mula memasuki penumbra.

- Tidak kelihatan kerana bulan berada di bawah ufuk

2. Sekitar jam 5.44 petang

Fasa gerhana separa bermula (U1)

- Bulan mula memasuki umbra

- Tidak kelihatan kerana bulan berada di bawah ufuk

3. Sekitar jam 7.11 malam

Fasa gerhana penuh bermula (U2)

- Bulan mula mengalami fasa gerhana penuh

- Boleh dilihat di Sabah dan Sarawak sahaja ketika bulan terbit dan rendah di ufuk timur.

4. Sekitar jam 7.19 malam

Maksimum

- Gerhana maksimum

- Boleh dilihat di Semenanjung ketika bulan sedang terbit dan rendah di ufuk timur

5. Sekitar jam 7.25 malam

Fasa gerhana penuh tamat (U3)

- Bulan mula keluar dari umbra

- Boleh dilihat kerana bulan berada di atas ufuk

6. Sekitar jam 8.52 malam

Fasa gerhana separa tamat (U4)

- Bulan keluar sepenuhnya dari umbra

- Boleh dilihat kerana bulan berada di atas ufuk

7. Sekitar jam 9.49 malam

Fasa gerhana penumbra tamat (P4)

- Bulan keluar sepenuhnya dari penumbra

- Boleh dilihat kerana bulan berada di atas ufuk.




 PROGRAM BERKAH RAMADAN 1442H


 Mesyuarat PROGRAM BERKAH RAMADAN kali Pertama

Tarikh : 18/04/2021

Masa : 12.00 pm

Tempat : Dewan Komuniti KiLM, Teluk Batik, Lumut, Perak.









PROGRAM BERKAH RAMADAN

Anjuran Bersama:

JKP ZON 3, KiLM, AURA Manjung , KAWAN, PENIAGA TELUK BATIK

Dengan Kerjasama:

MPM, PDRM

Senarai Kehadiran Mesyuarat

Tarikh : 18 Apr 2020

Jam : 12.00 pm

Tempat : Dewan Komuniti, Teluk Batik

✅Pengerusi : En Mohd Azrien Bin Mohd Salleh - JKP Zon 3

✅Setiausaha : Puan Rosmaniza

✅Pen Setiausaha : Puan Ahmelia binti Khairan

✅Bendahari : Puan Nur Zalilah Binti And Rahman

✅Ketua AJK Agihan : En Mohd Azrien Bin Mohd Salleh

✅Ketua AJK Peralatan : En A. Aziz bin Abdullah

✅Ketua Chef & Pembelian Brgan : Puan Arwina binti Mansor

✅Persiapan Tempat : En Azri binJohari & Cik Rafidahtul'Ain Binti Ghazali

✅AJK Sumbangan : Hj Zamzuri bin Said & Puan Marhana binti Md Nadir 

✅AJK Pembungkusan : Puan Maizatun Nazilah Binti Amir & Puan Siti Masnah binti Ahmad

✅AJK Kebajikan : Puan Rafidah KAWAN 

✅AJK Media & Publisiti :  En Mohd Hairul Anuar Bin Hashim & Puan Siti Norhafizah Binti Baba

✅AJK Kebersihan : En Kamal Adnan Bin Othman & Puan Hanizah Binti Kasmoni

✅AJK Sponsorship Berbuka Puasa AJK : Puan Zaireen binti Zulkapli

✅AJK Logistik : Datin Zurinda binti Zaini & Puan Ahmelia binti Khairan


🎯Perasmian (VIP) oleh YDP MPM

🎯Pengerusi akan involve JKS utk membantu sepanjang program

🎯Khemah (2 nos) & Rostrum (1 no) mohon dr MPM

🎯KAWAN akan provide senarai nama asnaf&ibu tunggal (100 org) utk serahan kuih raya&bubur lambuk kpd Datin Zurindar

🎯En Azri mohon semua mewar-warkan program ini utk menambah lg penglibatan ramai NGO, org perseorangan supaya dpt lebih menjayakan program.

🎯Cikgu Khairul akan buat page, Pengerusi akan buat short video program Berkat Ramadhan 2021, kita semua akan blast dlm semua medium yg ada i.e wasap etc

🎯Cikgu Khairul propose to promote program kat skrin besar MPM

🎯k.zaireen mahu semua yg terlibat dan beri komitmen dihargai

🎯k.wina mengingatkan semua brg/alat mesti disediakan pd Khamis(29/4/2021) utk program Sabtu(1/5/2021)

🎯 Pengerusi memaklumkan sebarang perubahan akan diberitahu melalui grup wasap ini, dan meminta k.ila invite akmal&mei looi utk join program dan mesyuarat berakhir 2pm.