'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi Komuniti I Love Manjung, | 'KiLM, Komuniti Sejahtera, Hidup Bahagia' | 'BERSAHABAT BERSATU KEBAJIKAN AHLI DIDAHULU'

 


 

Assalam dan salam sejahtera..

Dijemput semua ahli dtg ke program KiLM bersama beberapa NGO & Agensi utk program Semarak Komuniti Prihatin - Bubur Lambuk Perdana & Infaq Kasih Aidilfitri yg berlangsung hari ni 8 April 2023 jam 9.00pg hingga 3.30ptg bertempat di Marina Island Resort..

Simbolik perasmian bersama VIP pd jam 2.30pm.

Kehadiran ahli² amat dialu²kan bagi menjayakan program dan memeriahkan majlis.

#BersahabatBersatu
#SemarakKomunitiPrihatin


 Assalamualaikum... Selamat sejahtera.

Komuniti I Love Manjung (KiLM) bersama beberapa Organisasi Pendidikan, Koperat, Syarikat dan NGO menganjurkan program 'SEMARAK KOMUNITI PRIHATIN' untuk Warga Manjung yang akan menghadapi pembukaan sesi persekolahan 2023-2024, menjelangnya Bulan Ramadhan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Golongan ibu tunggal, asnaf dan anak yatim ini diringankan bebenan mereka mengharungi semua ini.

Sama-samalah kita membantu mereka dengan menyumbang seikhlas hati demi kesejahteraan bersama.

TABUNG SEMARAK KOMUNITI PRIHATIN;

1) 'Back To School' (12.03.2023)

2) Infaq Kasih Aidilfitri (08.04.2023)

3) Bubur Lambuk Perdana (08.04.2023)

*Perbankan Dalam Talian Debit (toyyibPay)

Caj perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM 1.00 untuk setiap transaksi yang berjaya.

KLIK SUMBANGAN ANDA DISINI;

https://toyyibpay.com/Semarak-Komuniti-Prihatin

#KiLMHebat
#SemarakKomunitiPrihatin
#KitaBantuKita

'BERSAHABAT BERSATU KEBAJIKAN AHLI DIDAHULUKAN'






MESYUARAT AJK KiLM

 1 Mac 2023 - Mempengerusikan mesyuarat AJK KiLM.  

       Mesyuarat membincangkan tentang memperkasakan Hala Tuju KiLM seterusnya disamping penambaikkan bersesuaian Situasi dan Keadaan semasa.

- Memaksimumkan kebolehgunaaan Pusat Komuniti KiLM.

- Program 'Back To School' yg akan diadakan dlm masa terdekat dgn kerjasama bersama DnS Beuty n Entiti lain sekiranya ada.

- Program Bubur Lambuk & Sumbangan Raya 2023 yg sememangnya telah dilaksanakan saban tahun sebelum ini bersama penglibatan NGO² lain, Badan Korporat, Agensi Kerajaan n Individu lain. Pada Tahun ini DnS Beuty telah menyatakan persetujuan awal utk bersama² menyumbang n terlibat dlm program ini dgn penambahan pengisian program. 

- Pra AGM & Sambutan Raya yg dijangkakan pada pertengahan Mei 23.

- Takwim KiLM bagi tahun 2023.

     Moga KiLM lebih bersinar n berdaya saing bagi tahun ini n Tahun2 mendatang yg bakal memanfaatkan masyarakat setempat secara maksima. In shaa Allah

     Tahniah n Terima Kasih kepada Barisan AJK yg sentiasa bersemangat utk meneruskan kesinambungan KiLM sesuai Dasar n Hala Tuju.


 




 Sabtu, 28 Jan 2023 | 6 Rejab 1444H.

Dewan Pusat Kominiti KiLM disewa untuk Mesyuarat Agung PERAKAN.
.
*Didoakan semoga majlis berjalan lancar dan diberkati Allah.

 


Malaysia Madani : 6 Rukun, Maksud & Konsep Pelaksanaan

 Malaysia Madani

Pada 19 Januari 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia MADANI sebagai kerangka dasar bagi memartabatkan semula negara sebagai negara makmur dan dihormati.

Bertemakan ‘Membangun Malaysia Madani’, konsep yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini terletak pada enam tonggak utama seperti berikut :

-KeMampanan

-kesejAhteraan

-Daya Cipta

-HormAt

-KeyakiNan

-Ihsan

Maksud Malaysia Madani

Sekaligus enam tonggak iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan serta ihsan memegang maksud MADANI secara menyeluruh.

Enam tonggak ini bakal memeta hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju dan sejahtera.

Berdasarkan kenyataan daripada Perdana Menteri, Malaysia Madani dikarang hasil daripada pengalaman lebih empat dekad di dalam bidang perkhidmatan awam, mengepalai beberapa kementerian dalam kerajaan, menerajui beberapa badan antarabangsa, serta menjadi pendidik di beberapa universiti berprestij dunia.

Konsep Malaysia Madani

Malaysia Madani bertunjangkan empat Teras Strategik Utama iaitu :

1.Membina Semula Ekonomi

2.Menjamin Kesejahteraan Insan

3.Reformasi Institusi Demokrasi dan Perundangan

4.Mewujudkan Pentadbiran Beramanah

Bagi memastikan kelancaran agenda ini, tiga pembolehdaya strategik akan berfungsi sebagai enjin penggerak iaitu :

-Digitalisasi Perkhidmatan Rakyat

-Pendayaupayaan Bakat Terbaik Negara

-Pemerkasaan Pengurusan Projek Strategik

Madani juga menjadi dasar setiap teras bagi memperkukuh lapan keperluan dalam pembangunan negara iaitu :

-Ekonomi

-Kewangan

-Perundangan

-Pendidikan

-Kemasyarakatan

-Kebudayaan

-Bandar

-Luar Bandar

Pelaksanaan Malaysia Madani Dalam Kerajaan Perpaduan

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, konsep ini juga mengajak seluruh rakyat Malaysia termasuk kepimpinan Kerajaan Perpaduan  untuk mengangkat martabat insan berpaksikan keyakinan, nilai, akhlak serta tata kelola yang adil dan berkesan.

Tambah Perdana Menteri, Madani tidak akan menepikan prinsip kerajaan dalam mentadbir negara.

Kerajaan juga akan menstruktur semula ekonomi negara berlandaskan kepada tiga keutamaan strategik iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi berteraskan konsep Malaysia Madani.

Sehubungan dengan itu, langkah-langkah yang akan diumumkan menerusi Belanjawan 2023 di Parlimen pada 24 Februari nanti bakal mengembalikan asas dan tindakan yang bertepatan dengan konsep yang baharu ini.

“Ini semua boleh menambah keyakinan dengan menegakkan sistem atau negara hukum yang tidak akan memilih bulu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, dan tidak juga menindas atau menekan individu atau puak yang tidak mendukung kita.

“Ini yang disebut sebagai jentera kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar, berfungsi secara optimum dan kita selesaikan isu tata kelola dengan penyelarasan dan koordinasi tapi harus bermula dengan pengurusan atasan,” kata beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa seluruh kepimpinan dalam Kerajaan Perpaduan perlu meletakkan asas dan budaya baharu dan meninggalkan perkara lampau yang memberi kesan buruk kepada negara.