'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi Komuniti I Love Manjung, | 'KiLM, Komuniti Sejahtera, Hidup Bahagia' | 'BERSAHABAT BERSATU KEBAJIKAN AHLI DIDAHULU'

 14 November 2020 | 28 RabiulAwal 1442H | Sabtu
Terumbu Cafe Marina Island Resort, Lumut, Perak.
Jam 5.00 petang.

Pengerusi KiLM En Azri Johari dan bendahari KiLM Pn Ila Rahman dijemput menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 3 yg dihadiri En Mohd Shukri dan En Fikri dari MPM, En Mohd Azrien (Ahli Majlis Zon 3), En Sabdin (Penghulu Mukim Lumut), Datin Maziah (Komuniti Teluk Muroh), En Safarin (Peniaga Teluk Batik), En Salam & En Halim (JPKK Teluk Muroh), Miss Ding Mei Looi & En Akmal (Marina Island) bertempat di Terumbu Cafe Marina Island Resort.

#ManjungkuPermai
#KiLM_Hebat
#BersahabatBersatu











13 November 2020 | 27 RabiulAwal 1442H | Jumaat. 

Kg. Serdang, Sitiawan, Perak.

     Alhamdulillah sumbangan kepada anak yatim telah disampaikan oleh KiLM, Persalam dan Sek Agama Rakyat Kg Serdang. Sumbangan buku dari seorang hamba Allah juga telah disampaikan.

     Arwah Rozita bt Tahir berusia 48 tahun merupakan adik ipar Puan Shila dan suami En Ismail, duanya adalah pesara guru. Insya Allah adik lelaki Pn Shila akan jaga 2 anak lelaki ni. Yang perempuan buat sementara akan berada di rumah Puan Shila.

     Anak sulung arwah Emmet Loqueman b Abdul Samii bersekolah di SK Simpang Empat Sitiawan. Anak yang kembar tu tidak bersekolah.

Sumbangan disampaikan oleh pengerusi KiLM, Cikgu Nan dari Persalam yang juga Penaung KiLM. Turut bersama AJK KiLM tadi En Yeob Kamal, En. Efandi Harun, Pn Salmah Majid dan bendahari KiLM Pn Ila.

     KiLM mengucapkan terima kasih kepada penyumbang2 untuk tabung anak yatim ini. Tabung anak yatim ini akan terus dibuka supaya diberi ruang bersedekah dikalangan ahli KiLM, rakan komuniti, individu dan syarikat.

#ManjungkuPermai
#KiLM_Hebat
#BersahabatBersatu








 13 November 2020 | 27 RabiulAwal 1442H | Jumaat.

Alhamdulillah... Hari ni pengerusi KiLM, En Azri Johari diberi penghormatan menyertai 'meeting online' sempena kajian impak covid-19 anjuran USM dgn penglibatan daripada MPM, PDT, NCER, NGO2 dan peniaga.

Tahniah! diucapkan.

KiLM mengorak selangkah lagi...

Dalam 'meeting' tersebut pengerusi telah menyampaikan beberapa perkara:

1. Pengecualian Sewa.

2. Pengurangan kadar lesen.

3. Mempermudahkan prosedur perniagaan @ bantuan.

4. Menyalurkan maklumat melalui NGO berkaitan supaya penyampaian lebih berkesan.

5. Memberi pendedahan/ pendidikan bersasar ke arah digitalisasi ke akar umbi sebagai persediaan berterusan ke arah new normal kepada golongan sasar dengan lebih efisyen melalui kerjasama NGO berkaitan.

6. Memperkasakan Industri Pelancongan, Pertanian, Industri Pembuatan dan Penjaja/ Peniaga kecil.

#ManjungkuPermai

#KiLM_Hebat

#BersahabatBersatu






 


Kunjungan Istimewa Pengarah Urusan TNBJ, Datuk Shamsul Bin Ahmad dan team TNBJ serta Ahli Majlis MPM, Encik Mohd Azrien bin Mohd Salleh.
6 November 2020 | 20 RabiulAwal 1442H | Jumaat
Lokasi : Pusat Komuniti KiLM, Teluk Batik, Lumut.
.






 



 5 November 2020 | 19 RabiulAwal 1442H | Khamis

Kunjungan 4 Pegawai Jabatan Perangkaan Negara Negeri Perak ke Pusat Komuniti KiLM.










5 November 2020 | 19 RabiulAwal 1442H | Khamis

Majlis Perasmian Program Kempen "Bawa Pulang Sampah Anda" telah berlangsung pada hari ini, jam 12.00 tengah hari di Pantai Teluk Batik.

Majlis perasmian ini disempurnakan oleh YB Dato' Nolee Ashilin Dato' Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak. Turut hadir ialah Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM),

https://photos.app.goo.gl/ygXRnFmRe7JSRUZRA