'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi Komuniti I Love Manjung, | 'KiLM, Komuniti Sejahtera, Hidup Bahagia' | 'BERSAHABAT BERSATU KEBAJIKAN AHLI DIDAHULU'

13 November 2020 | 27 RabiulAwal 1442H | Jumaat. 

Kg. Serdang, Sitiawan, Perak.

     Alhamdulillah sumbangan kepada anak yatim telah disampaikan oleh KiLM, Persalam dan Sek Agama Rakyat Kg Serdang. Sumbangan buku dari seorang hamba Allah juga telah disampaikan.

     Arwah Rozita bt Tahir berusia 48 tahun merupakan adik ipar Puan Shila dan suami En Ismail, duanya adalah pesara guru. Insya Allah adik lelaki Pn Shila akan jaga 2 anak lelaki ni. Yang perempuan buat sementara akan berada di rumah Puan Shila.

     Anak sulung arwah Emmet Loqueman b Abdul Samii bersekolah di SK Simpang Empat Sitiawan. Anak yang kembar tu tidak bersekolah.

Sumbangan disampaikan oleh pengerusi KiLM, Cikgu Nan dari Persalam yang juga Penaung KiLM. Turut bersama AJK KiLM tadi En Yeob Kamal, En. Efandi Harun, Pn Salmah Majid dan bendahari KiLM Pn Ila.

     KiLM mengucapkan terima kasih kepada penyumbang2 untuk tabung anak yatim ini. Tabung anak yatim ini akan terus dibuka supaya diberi ruang bersedekah dikalangan ahli KiLM, rakan komuniti, individu dan syarikat.

#ManjungkuPermai
#KiLM_Hebat
#BersahabatBersatu