'SELAMAT DATANG' ke Blog Rasmi Komuniti I Love Manjung, | 'KiLM, Komuniti Sejahtera, Hidup Bahagia' | 'BERSAHABAT BERSATU KEBAJIKAN AHLI DIDAHULU'
21/03/2020 - Hospital Seri Manjung | Sabtu | Hari Ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan.
Baru selesai pemasangan khemah untuk kegunaan Hospital sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan wabak COVID-19. Sebanyak 5 khemah didirikan hasil sumbangan Khemah bilal kanopi@nasir garage 2 buah. 3 buah khemah lagi sumbangan My Petrox Enterprise. Kerusi dan meja sumbangan TNB Jana Manjung.
Sumbangan khemah tanpa sewa ini untuk kegunaan Hospital Seri Manjung. Penyelaras program Mie D'Mulut bersama rakan2 FASA 2-I serta penyokong bola sepak Manjung City turun dalam hujan menolong pasang khemah tersebut.
Turut Hadir waktu pemasangan khemah tadi Datuk Shamsul Ahmad (TNBJ) dan Dr Hilmi, Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Seri Manjung.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.