SKRIN BESAR LED MPM
BANNER WALL FB GROUP
Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera,
KOMUNITI
I LOVE MANJUNG (KILM) &
YOUTH
POWER CLUB (YPC) LUMUT
BERGABUNG MELANCARKAN
TABUNG COVID-19
(SUMBANGAN KEPERLUAN HARIAN BUAT KELUARGA
YANG PUTUS BEKALAN MAKANAN
SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN AKIBAT PENULARAN COVID-19 DISELURUH NEGARA)
Program Bakti Khidmat Masyarakat Sewaktu
Bencana Covid-19 ini adalah untuk membekalkan barangan keperluan harian kepada keluarga yang
putus bekalan makanan di Daerah Manjung.
Ahli KiLM dan individu atau syarikat yg
berhajat untuk menyumbang / menaja keperluan makanan kepada
keluarga
yang terbabit boleh bankin ke akaun berikut :
AFFIN BANK BERHAD AC NO : 105550008619
PERSATUAN CINTAI MANJUNG PERAK
(KOMUNITI i LOVE MANJUNG)
(KOMUNITI i LOVE MANJUNG)
HANTAR BUKTI BAYARAN KEPADA BENDAHARI KiLM;
PN ILA RAHMAN 013-5875715
Nilai Barangan Makanan RM 50.00 Setiap
Keluarga
*SUMBANGAN ANDA DAPAT MERINGANKAN BEBAN
KELUARGA YANG PUTUS BEKALAN MAKANAN.
Terima Kasih.
#prihatinpenyayang
#BersahabatBersatu
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Tindakan yang perlu dilakukan segera :
1. Melantik Jawatankuasa Program Bakti Khidmat Masyarakat KiLM & YPC Lumut Covid-19 Parlimen Lumut.
- Pengerusi : En. Azri (KiLM)
- Pengarah : En. Akmal (YPC)
- Timb. Pengarah : Pn. Fidah (KiLM)
- Setiausaha : Long Pak Chat (KiLM)
- Pen. Setiausaha : Cik Hani (YPC)
- Bendahari : Pn. Ila (KiLM)
- Biro Kebajikan : Yeop Kamey (KiLM)
- Pen. Biro Kebajikan : En. Arifun (YPC)
- Biro Keselamatan : Mie D' Mulut (KiLM)
- Pen. Biro Keselamatan : Ssr. Mior Safrin Niza (YPC)
- Biro Media, Publisiti & Hebahan : Cikgu Khairul (KiLM) & Sdr. Alif Asyraf (YPC)
- Biro Logistik : Sdr. Azlizam (YPC)
- Biro Perhubungan Awam : Pn. Suzana (KiLM)
- Pen. Biro Perhubungan Awam : En. Ridzuan (YPC)
Duta HSM: Mie D'Mulut
Duta PKD: Pn. Suzana
Duta KKS: Pn. Mai Amir
a) Pengarah dan Timb. Pengarah Program perlu memastikan jawatankuasa yang dilantik mempunyai tugasan khusus dan perlu memberikan laporan dalam tempoh 36Jam selepas dilantik.
b) Setiausaha & Pen. Setiausaha Program perlu menyediakan kertas-kerja, surat-menyurat, data yang telah dikemaskini dan lain-lain mengikut keperluan.
c) Bendahari perlu membuat laporan kemasukan sumbangan dan kos pengeluaran barangan.
d) Biro Kebajikan perlu menyediakan buku log atau apa jua cara untuk mengisi maklumat dan data penerima sumbangan dan data tersebut hendaklah diselaraskan dengan agensi/jabatan kerajaan serta NGO lain yang turut memberikan bantuan kepada penerima agar tidak diberi berulang-kali.
e) Biro Keselamatan hendaklah memastikan keselamatan petugas dan penerima dalam keadaan yang baik dan selamat semasa pengedaran sumbangan barangan tersebut.
f) Biro Media, Publisiti & Hebahan hendaklah memastikan mempunyai bahan kempen mengikut keperluan semasa dan perlu membuat hebahan sebanyak mungkin untuk mendapatkan sumbangan daripada orang ramai selain memastikan masyarakat mendapat maklumat akan pengedaran sumbangan barangan tersebut.
g) Biro Logistik perlu memastikan kesediaan kenderaan, laluan dan seangkatannya dengannya untuk menghantar bekalan sumbangan barangan tersebut kepada penerima jika mereka tidak mempunyai kemudahan untuk bergerak.
h) Biro Perhubungan Awam hendaklah memastikan setiap Mukin didalam Daerah Manjung mempunyai sebuah (1) kedai runcit yang akan menjadi panel program ini untuk penerima bantuan terus ke kedai runcit tersebut mengambil sumbangan barangan mereka.
2. Kaedah pelaksanaan yang akan diambil ialah :-
a) Penerima akan mengambil sendiri daripada kedai runcit panel yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Program. Dan akan mengisi data mereka di kedai runcit panel tersebut. Bendahari akan membuat bayaran terus kepada kedai runcit panel tersebut.
b) Jika penerima mempunyai kekangan untuk mengambil sumbangan barangan tersebut, Biro Logistik hendaklah mengambil tanggungjawap tersebut mengikut kebijaksanaan dan kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan sumbangan barangan tersebut dapat ke tangan penerima.
3. Pengedaran ini hendaklah beroperasi sepenuhnya pada atau selewat-lewatnya 25 Mac 2020 agar Jawatankuasa mempunyai ruang masa untuk memperolehi kutipan sumbangan dan melengkapkan sistem penerimaan dan pemberian sumbangan tersebut selain memastikan kesiap-siagaan jawatankuasa ini.
4. Untuk makluman, saya telah memaklumkan Penubuhan Jawatankuasa ini kepada Tn. Zulhisham Pegawai Daerah Manjung dan beliau mengucapkan syabas diatas usaha yang kita lakukan dan mohon semua pergerakan kita dimaklumkan kepada beliau dan pihak berkuasa lain dari masa ke semasa.
5. Selain itu, saya juga telah memaklumkan perkara yang sama kepada Tn. ASP. Noh Omar Sappi Ketua Polis Daerah Manjung. Dan beliau membenarkan pergerakan Biro Logistik jika ingin menghantar barangan sumbangan tersebut kepada mereka yang tidak mampu ambil sendiri. Tetapi dengan syarat hanya seorang sahaja dibenarkan untuk setiap penghantaran.
6. Mohon cadangan dan pendapat tuan-puan diatas cadangan yang saya berikan disini.